Jika kamu memancing ikan dan setelah ikan tersebut tersangkut di mata kailmu, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. jangan sesekali kamu melepaskan ia semula kedalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit dan mungkin akan menderita sepanjang hayatnya disebabkan ketajaman mata kailmu...
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu..
Jika kamu menadah air biarlah berpada-pada...jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. cukuplah sekadar untuk keperluanmu kerana apabila sekali ianya retak tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..
begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah dia seadanya..Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..tetapi anggaplah dia seperti insan lain kerana jika sekali dia melakukan kesilapan nescaya bukan mudah untuk kamu menerimanya..akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya...sedangkan jika kamu mencuba untuk memaafkannya nescaya hubungan itu akan kekal untuk selama-lamanya..
Jika kamu memiliki sepinggan nasi yang berkhasiat dan mampu mengenyangkanmu, mengapa kamu perlu berlengah dan cuba untuk mencari makanan yang lain?? kerana disebabkan terlalu mengejarkan kenikmatan dan kelazatan sudah pasti kamu akan kerugian apabila nasi yang sudah ada di depan mata itu sudah menjadi basi dan disaat itu kamu akan menyesal..
Begitu juga apabila kamu telah bertemu dengan insan yang menyayangimu, mencintaimu dan mampu menjagamu dengan sepenuh hatinya, mengapa kamu perlu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? kerana terlalu mengejar kesempurnaan, kelak kamu pasti akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain..
kadangkala kita terlepas pandang, bahawa Allah S.W.T mengatur segala-galanya..dalam hidup ini tak semua yang kita ingini, akan kita dapat...kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis dimana hilangnya matahari..rupa-rupanya Tuhan nak berikan pelangi yang indah untuk menemani hari-hari kita...
No comments:
Post a Comment