Wednesday, 17 August 2011

Cintai dalam diam



Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
Kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...

Kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu..
Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosak izzah dan iffahmu ..

Kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
Kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH S.W.T pilihkan untukmu ...

Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali??
Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah ....

Kerana dalam diammu tersimpan kekuatan... kekuatan harapan...
Hingga mungkin saja Allah S.W.T. akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
Bukankah Allah S.W.T. tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap pada-Nya??

Dan jika memang 'Cinta Dalam Diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ...

Jika dia memang bukan milikmu, Allah S.W.T , melalui waktu akan menghapus 'Cinta Dalam Diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

Biarkan 'Cinta Dalam Diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...

Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan...

Jika benar cinta itu kerana Allah S.W.T maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah S.W.T. kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah S.W.T. maka ia pun berhilir hanya kepada Allah S.W.T....

" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati kebesaran Allah S.W.T." (QS. Adz Dzariyat:49)

" Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah S.W.T akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah S.W.T. Maha luas(pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. " (QS. An Nuur: 32)

Cukup cintai ia dalam diam...
bukan kerana membenci hadirnya.. .tapi menjaga kesuciannya bukan kerana menghindari dunia... tapi meraih syurga-Nya bukan karena lemah untuk menghadapinya.. .tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai ia dari kejauhan...
kerana hadirmu tidak akan mampu menjauhkannya dari cubaan.... 

kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan....

Cukup cintai ia dengan kesederhanaan...
memupuknya hanya akan menambah penderitaan... menumbuhkan harapan...... 
hanya akan mengundang kekecewaan kerana mengharapkan balasan....

Maka cintailah ia dengan keikhlasan...
kerana tentu kisah Fatimah dan Ali bin Abi Thalib diingini oleh hati... tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi...?

Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan...
kerana tiada yang tahu rencana Tuhan...


Thursday, 11 August 2011

10 OGOS 2011

Hari ini 10 ogos 2011 genap la umurku yang ke 25....
Kalau nak di ikutkan pada 10 ogos 1986 aku telah dilahirkan pada jam 12.00 tengah hari di sungai pinang besar pulau pangkor...
Macam x percaya je dah umur 25 tahun..hehehehe....
Besday kali ni terasa lain dari yang lain..coz perasaan terharu yang teramat sangat dengan ucapan dan semangat yang diberikan oleh kawan-kawan...

Lagi bertambah terharu bila semalam bondaku yang tersayang menghadiahkan 3 pasang keronsang yang cantik-cantik bangat...hehehehe...Terima kasih mak.. kami sayang mak sangat-sangat..



Buat kak munaliza dan kak rusnida yang tersayang, terima kasih diatas perfumes yang bewarna purple tu..wangi bangat...dah la wane purple..hehehehe...
i like..hehehe



buat wan, abg zali dan nakhaie yang terbesstttt, terima kasih yang tak terhingga diatas handbag yang cute tu....cantik sangat-sangat...dah la pembalut hadiah wane purple, beg pun wane purple gak...hehehehe...memang sayang sangat-sangat kat korang ni..hehehehe...





bila mengenangkan kehidupan yang lalu, rasa macam baru semalam aku bertatih untuk berjalan..hurmmm..cepatnya masa berlalu kan...
sekarang aku dah mencapai usia 25 tahun...sepanjang 25 tahun kehidupan yang aku tempuhi ni, pelbagai dugaan, rintangan yang aku hadapi...
ada pahit...ada manis..dan ada juga tangisan bila duka menyapa perjalanan hidupku...
aku bersyukur pada Allah S.W.T kerana berikan aku hidup diatas bumi yang indah ini bersama mereka-mereka yang aku sayang...
aku bermohon pada tuhan agar kehidupanku yang mendatang akan lebih tenang, bahagia dan berjaya disamping mereka-mereka tersayang..
aku juga berharap agar tuhan mempertemukan aku dengan orang yang betul-betul menyayangiku dan dapat mendidikku kejalan yang diredhai Allah.S.W.T...
aminnnn...

Tuesday, 26 July 2011

BUAT RENUNGAN KITA BERSAMA....

Jika kamu memancing ikan dan setelah ikan tersebut tersangkut di mata kailmu, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. jangan sesekali kamu melepaskan ia semula kedalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit dan mungkin akan menderita sepanjang hayatnya disebabkan ketajaman mata kailmu...

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu..

Jika kamu menadah air biarlah berpada-pada...jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. cukuplah sekadar untuk keperluanmu kerana apabila sekali ianya retak tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..

begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah dia seadanya..Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..tetapi anggaplah dia seperti insan lain kerana jika sekali dia melakukan kesilapan nescaya bukan mudah untuk kamu menerimanya..akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya...sedangkan jika kamu mencuba untuk memaafkannya nescaya hubungan itu akan kekal untuk selama-lamanya..

Jika kamu memiliki sepinggan nasi yang berkhasiat dan mampu mengenyangkanmu, mengapa kamu perlu berlengah dan cuba untuk mencari makanan yang lain?? kerana disebabkan terlalu mengejarkan kenikmatan dan kelazatan sudah pasti kamu akan kerugian apabila nasi yang sudah ada di depan mata itu sudah menjadi basi dan disaat itu kamu akan menyesal..

Begitu juga apabila kamu telah bertemu dengan insan yang menyayangimu, mencintaimu dan mampu menjagamu dengan sepenuh hatinya, mengapa kamu perlu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? kerana terlalu mengejar kesempurnaan, kelak kamu pasti akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain..

kadangkala kita terlepas pandang, bahawa Allah S.W.T mengatur segala-galanya..dalam hidup ini tak semua yang kita ingini, akan kita dapat...kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis dimana hilangnya matahari..rupa-rupanya Tuhan nak berikan pelangi yang indah untuk menemani hari-hari kita...


Tuesday, 14 June 2011

KARNIVAL LEMBAH LENGGONG...

Karnival Lembah Lenggong ke Arah Warisan Dunia
Tarikh : 26 - 29 Mei 2011 (9.00 pagi - 9.00 malam)
Tempat : Dataran Lenggong, Perak Darul Ridzuan
Disempurnakan oleh: 
DYTM Raja Muda Perak Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah V
( 27 Mei 2011 (Jumaat) 5.00 ptg )




Sekitar Karnival berlangsung.....



 Semasa menunggu ketibaan DYTM Raja Muda Perak Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah V






 DYTM Raja Muda Perak Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah V





 Majlis yang penuh adat istiadat



 Majlis dirasmikan oleh DYTM Raja Muda Perak Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah V







 Sesi lawatan bersama DYTM Raja Muda Perak Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah V ke bilik pameran Karnival Lembah Lenggong






 Artikel mengenai bukti pengkebumian Epi-Paleolitik dan Neolitik di Gua Kajang



 Replika batu bersurat....






 Replika Perak-man
Antara 10,000 tahun hingga 11,000 tahun dahulu, seorang yang penting telah dikebumikan di dalam Gua Gunung Runtuh. Dengan dikenali Manusia Perak, beliau merupakan satu-satunya manusia prasejarah yang diketahui mempunyai kecacatan sejak lahir. Beliau dikebumikan dengan cermat dalam posisi fetus diiringi alat batu, cengkerang, daging babi hutan, monyet, biawak, kura-kura, rusa, harimau bintang dan ungka.










 kad pengenalan Perak man





BELAKANG TADBIR KARNIVAL LEMBAH LENGGONG...HEHEHEHE...^_^


 En. Zaimil Izwan dan En. Shazali....penguatkuasa Majlis Daerah Lenggong...wah!!! posing abis gitu..hehehehe..




 Cik Rusnida n Puan Munaliza....AJK makanan..hah!!! patut le makanan saya order tak sampai-sampai lagi, rupe-rupenye cik kak berdua ni sibuk berposing sakan ye...hahahahahahahaha....






 En. Zahari selaku AJK MELODI yang mengumpulkan segala artis yang datang ke karnival....hahahahaha....dan En. Shafarizam selaku AJK bandar dan warisan...hehehehe...kelakar betol gambo ni...hehehehehe...





 ehem...ehem...hehehehe...ni saya dan cik Rusnida...hehehehehe penyibuk antarabangsa waktu ni..hehehehe...





hehehehe....waktu berposing...hehehehe...



Monday, 13 June 2011

Kadang-Kadang Kita......................

  • kadang-kadang kita lupa nak tanya khabar si dia
  • kadang-kadang kita selalu ingat dia tak ingat kita 
  • kadang-kadang kita selalu lupa segala kenangan bersama
  • kadang-kadang kita hanya ingin tahu daripada mengambil tahu
  • kadang-kadang kita hanya pandai berkata-kata daripada melakukannya
  • kadang-kadang kita tak sedar ada orang menyayangi kita..
  • kadang-kadang kita tak sedar yang kita sakitkan hati kawan kita..
  • kadang-kadang kita tak sedar yang kita membuatkan seseorang kecewa..
  • kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita katakan kita lakukan..
  • kadang-kadang kita tak tahu ada yang ambil berat tentang kita..
  • kadang-kadang kita tak tahu yang dia x suka pada kita..
  • kadang-kadang kita tak tahu yang serius itu memang benar-benar serius..
  • kadang-kadang kita tak respect pada kawan kita yang banyak membantu kita..
  • kadang-kadang kita hanya ingat seseorang kalau kita memerlukan..
  • kadang-kadang kita akan lupa kawan ketika kita sedang gembira..
  • kadang-kadang kita kita akan menyalahkan seseorang sekiranya kita ketinggalan sesuatu berita..
  • kadang-kadang kita akan menyalahkan orang lain walhal kesalahan itu berpunca dari kita..
  • kadang-kadang kita akan utamakan yang baru dari yang lama..
  • kadang-kadang kita akan terasa kalau si dia menegur kita..
  • kadang-kadang kita cakap kita tak akan begitu, padahal kita lakukan juga..
  • kadang-kadang kita cuba lakukan yang terbaik tetapi menyusahkan orang lain..
  • kadang-kadang kita suka memerhati daripada menegur..
  • kadang-kadang kita suka mengharap pertolongan tanpa meluahkannya..
  • kadang-kadang kita sentiasa kelihatan happy, padahal hanya kita je tau perasaan kita yang sebenarnya..
  • kadang-kadang kita senang lupa jasa sahabat kita akibat sesuatu pertelingkahan kecil sahaja..
  • kadang-kadang kita selalu ingat kita sahaja yang betul dan orang lain salah..
  • kadang-kadang kita sukar menerima pendapat orang lain..
  • kadang-kadang kita selalu fikir sesuatu yang serius sebagai remeh-temeh..
  • kadang-kadang kita terlalu singkat membuat keputusan tanpa memikirkan apa kesudahannya....

Thursday, 19 May 2011

AKU DAN MEREKA YANG TER....TER....TERBEST!!! ^_^

~SUKAN PBT DI MANJUNG~

peserta karom...
kalah bermaruah tau...hehehehe




posing berposing bersama.....^_^




^_^




berposing sebelum bertolak ke manjung....





^_^




makan malam di hari pembukaan Sukan PBT..





~jalan-jalan cari pasal bersama kak mun, kak ida n Ros di Manjung~


Cik Rusnida n me!!!!
lebih dikenali dengan nama kak ida....hehehehe
cun woWww!!! 
masih single lagi ni...hehehehe
kak ida ni guru kelas seni pakai tudung tau...hehehe



Puan Munaliza n me!!!
lebih dikenali sebagai kak mun...
rock tapi ayu....hehehehe...
ketua bahagian makeup ni...hehehehe..




kak ida, ros n me!!!!
yang berdiri kat belakang tu Ros...
ramah orangnye, ayu plak tu....
tapi sekali dia naik angin, semua orang takot...hehehehe




kak mun, kak ida n me!!!
sesi tampar menampar...hahahahaha
lakonan semata-mata...hehehehe




kak ida, kak mun n me!!!!
hahahaha...ni pun lakonan semata-mata...
bleh dapat anugerah skrin ni...hehehehehe




kak ida, kak mun n me!!!
dua orang pengawal yang sedang menjatuhkan hukuman pancung kepada pesalah...
kesalahan ape la agaknye tu ye....
sampai kena pancung tuuuu...hehehehehe




kak ida, kak mun n me!!!
posing mautttt tuuuuuuuuuuu....hehehehehe





~mendaki Bukit Larut bersama Cik Rusnida, Cik Teh, En. Shafarizam & En. Zaimil Izwan~


en. shafarizam, en. zaimil izwan, cik teh, cik rusnida n me!!!!
berbaju biru tu kitaorang panggil nizam...
berbaju kuning tu plak kitaorang panggil wan....
yang baju hijau tu kitaorang panggil kak teh...
dan yang berbaju coklat tu kak ida...
kononnye nak menawan puncak gunung larut la ni...
hehehehehehe.....





wan, kak teh, kak ida n me!!!
 singgah sebentar untuk berposing...hehehehehe..



kak ida n me!!!
time ni letih woWww....
rasa macam dah hilang seluruh tenaga dah waktu ni...
fuhhh!!!!! tak pernah mendaki bukit setinggi ni...
kira cipta sejarah la jugak kan...hahahahaha



nizam
ni orang yang mengetuai segala rombongan ke Bukit Larut ni...
masa ni aktif lagi la dia...
tapi last-last pancit gak...hahahahaha....



wan
ni satu-satunya yang berjaya ke puncak Bukit Larut....
gaya dia mendaki mak aihhh!!! x macam guna tenaga manusia..hahahaha
macam-macam gaya hah dia ajar kitaorg mendaki... 
kejap lompat katak la, lompat itik la...hahahahaha